Thursday, February 7, 2013

Kempen dan Promosi

Sebaik sahaja selesai diadakan Seminar Sehari Zon Selatan di Muar pada kesokanya 07/02/2013 kami ke Pontian mengadakan Kempen Keahlian dan Promosi Barangan Electrik dan Handfhone di Lobby Majlis Daerah Pontian, Johor Darul Takzim. pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menempatkan kami diHotel Pontian untuk selama 2 malam.

Hotel Pontian
Checkin

Kempen kali ini adalah merupakan kesenimbungan diatas kunjungan kami pada 05/02/2013 untuk memberi kesempatan kepada wargakerja Majlis Daerah Pontian yang belum sempat mendengar taklimat dan menjadi ahli kepada Koperasi ini.

Pejabat Majlis Daerah Pontian
Kaunter Koperasi KOSPETA di Lobby Majlis

Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Pontian telah bermurah hati dengan memberi kebenaran kepada Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan program ini di Lobby Pejabat Majlis Daerah Pontian yang mana menempatkan ramai Pegawai-pegawai dan kakitangannya disitu selama 2 hari.

07/02/2013
Serahan Borang Ahli Baru 08/02/2013

Program khas yang diadakan selama 2 hari mulai 07-08/02/2013 dengan kerjasama dari Majlis Daerah Pontian mendapat sambutan yang baik dari Pegawai dan kakitanganya, kaunter yang dibuka dikunjungi ramai wargakerja dan ada yang memesan serta mengambil barang-barang electrik dan handfon terus.

Pegawai ICT memberi penerangan
Pengurus sedang memberi penerangan

No comments:

Post a Comment