Monday, February 11, 2013

Tg. Balai Karimun

Selesai sahaja program kempen keahlian dan promosi barangan electrik selepas Sembahyang Jumaat jam 2.30 petang pada 08/02/2013 kami terus ke Jeti Kukup mendapatkan tiket feri untuk pergi ke Tg. Balai Karimun.

Jeti Kukup, Pontian
Diatas Feri

Feri bertolak jam 3.00 petang dan sampai diterminal feri, kukup jam 4.00 petang, seperti biasa bila kami sampai disana sedia menaanti kami pekerja-pekerja Hotel Paragon, kami disambut dan menaiki kereta menuju ke Hotel Paragon yang tidak jauh daripada terminal tersebut.

Terminal Tg. Balai, Karimun

Mujurlah kami membuat tempahan bilik lebih awal kerana hotel tersebut penuh dengan rombongan dari Trengganu kesemua bilik habis, bukan setakat hotel yg kami menginap difahamkan keselurohan hotel-hotel yang ada disana semuanya habis, maklumlah cuti panjang katakan.

Hotel Paragon

Selepas berehat dan solat kami pun keluar makan malam di Pasar malam (Tiap-tiap malam) yang tidak jauh dari hotel kami, ramai orang disana termasok orang tempatan dan pelancong. Pelbagai jenis makanan dan masakan mengikut selera kita.

Makan Malam

Keesokan pagi seperti biasa la jam 8.30 kami pergi ke kedai masakan asam pedas, pendek kata kalau datang ke sini tak kena asam pedas tak sah la, masakan asam pedas ini menjadi tumpuan orang-orang tempatan dan juga pelancong, harganya berpatutan, ikan-ikan termasok udang semuanya baru-baru belaka, pilih la apa jenis ikan yang kita hendak kemudian baru dimasakanya untuk kita.

Pelbagai jenis ikan
Makan pagi dengan asam pedas

Malam 9/2/2013 sambut tahun baru cina seperti biasa la tembakan bunga api kedengaran disana sini maklumlah kawasan pekan yang kami tinggal majoritinya kaum cina tetapi tembakan bunga api tidaklah sebanyaknya seperti di Malaysia.

Pemandangan dalam pekan

Sambutan tahun baru cina di sini memandangkan ianya sebuah pulau tidaklah semeriah mana kerana ia la mereka nak ke mana, mereka tidak berkunjung kerumah-rumah saudara seperti di Malaysia, ada diantara mereka berkeluarga makan pagi di kedai kopi bersama kami, ada yang membuka kedai makan, barangan dan kain baju, cuma disebelah malam sahaja nampak mereka dengan keluarga keluar makan malam.

Medan selera
Orang ramai sedang menjamu selera

No comments:

Post a Comment