Tuesday, February 19, 2013

Komplek Kerajaan di Suka Menanti

Jalan Suka Menanti seketika dahulu meerupakan Jalan Kampong yang sepi dan salah satu jalan pintas dari Jalan Gunong atau dari Anak Bukit ke Shahab Perdana, tapi sekarang jalan ini sungguh sibuk dengan adanya beberapa Jabatan-Jabatan Kerajaan yang ditempatkan disitu.


Komplek Mahkamah

Jabatan Kimia

Jabatan-Jabatan Kerajaan yang ada disitu ialah Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Jabatan Pengankutan Jalan Negeri Kedah (JPJ), Komplek Mahkamah, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Alor Setar dan Stadium Sultan Abdul Halim, Komplek Majlis Sukan Negeri Kedah. Dengan terbinaya Pejabat-Pejabat baru bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan ianya memudah dan menyenangkan orang ramai membuat sebarang urusan.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Komplek Stadium

Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar yang baru dibuka kepada orang ramai memberi keselesaan kepada pelanggan-pelangganya termasok dari kaunter pertanyaan sehingga kaunter bayaran amat memuas sekali, walaupun ramai orang yang berkunjung dengan pelbagai urusan ianya tidak memberi sebarang tekanan malah terasa amat selesa dengan keadaan sekitar serta kantinya yang bersih.

Pintu Hadapan
Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar
Orang Ramai diKaunter Pembayaran

No comments:

Post a Comment