Friday, February 15, 2013

Program Sambutan 30 Tahun

Keputusan mesyuarat ALK dan 3P telah memutuskan untuk diadakan program perayaan menyambut Hari ke 30 Tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 25/05/2013 hari Sabtu di Masjid AL - Shakirin yang terletak tidak jauh dengan pejabat Koperasi di Jalan 15/2A, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur.

Mesyuarat 3P

Bagi melancarkan sambutan ini mesyuarat telah melantik En.Pissal Abu selaku Penolong Setiausaha sebagai Pengerusi sambutan ke 30 tahun bersama-sama dengan 5 orang jawtankuasanya. Jawatankuasa ini masih lagi membincang isi program tersebut termasoklah menyediakan cederamata yang melambangkan sambutan ke 30 genapnya Koperasi ini.

Masjid AL - Shakirin

Menunggu Imam Masjid

Keputusan awal diperolehi salah satu program yang hendak diadakan nanti merupakan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim seramai 200 orang serta Majlis Tahlil, Bacaan Yaasin dan Kenduri yang mana pihak Koperasi akan menyumbangkan 1 ekor lembu untuk tujuan program hari tersebut. Mesyuarat juga telah bersetuju mengadakan program ini di Masjid AL-Shakirin.

Persedian Nota untuk berbincang

Bagi mendapatkan kebenaran mengadakan program ini di Masjid Al-Shakirin maka seramai 3 orang ALK terdiri daripada En.Pissal Abu selaku Pengerusi Perayaan bersama Tuan Hj. Abd.Rahim Mehad ALK dan En.Adnan bin Mat juga ALK berkunjung ke Pejabat Tuan Imam Masjid Al-Shakirin pada 15/02/2013 hari Jumaat jam 10.00 pagi bagi membincang mendapat kebenaran tersebut.

Sedang berbincang dengan Tuan Imam

Hasil dari perincangan dan perjumpaan ini di Pejabat  Tuan Saiful Maarof bin Mohd yang terletak dalam kawasan Masjid AL-Shakirin alhamdulilah disambut baik oleh  Imam dan Tuan Imam bersetuju program ini diadakan pada 25/05/2013. 

No comments:

Post a Comment