Wednesday, February 6, 2013

Seminar Sehari Zon Selatan

Seminar Sehari bagi Zon Selatan anjuran JK Pendidikan, Penyelidikan, dan Penerbitan (3P) Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama ANULAE Cawangan Johor Utara  telah diadakan pada 06/02/2013 hari Rabu dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari bertempat di Dewan Banquet, Tingkat 7, Hotel Pelangi, Muar, Johor Darul Takzim. 


Barisan ALK

Ucapan En. Pissal bin Abu

Seminar ini dihadiri oleh seramai 70 orang peserta dari seluroh PBT Negeri Johor dan Melaka termasok Majlis Perbandaran Kuantan. Majlis dimulakan dengan membaca doa selamat oleh Tuan Hj. Abd. Rahim bin Mahad dan .diteruskan dengan Ucapan ringks oleh En. Pissal bin Abu, Pengerusi 3P Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Azih bin Muda

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan juga Timbalan Presiden Cuepacs Malaysia. Memberi ceramah mengenai Aktiviti Koperasi dan Perjuangan dalam Tuntuttan semasa Cuepacs bagi Pekerja-Pekerja Sektor Awam khususnya Pekerja di PBT.

Peserta Seminar
Gambar Seminar

Majlis Dailog diantara Peserta dengan Kepimpinan ALK diadakan selama 30 minit bagi ruang kepada peserta bertanyakan soalan mengenai pentadbiran Koperasi , Sessi ini mendapat sambutan yang baik ramai yang mengambil bahagian menayakan perbagai soalan. Setiap soalan dijawab oleh  Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha membuat semua peserta memahami dan merasa puas hati, majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.


Tuan Setiausaha Majlis
Gambar Jamuan

Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar telah sudi hadir bersama ke jamuan makan tengahari bersama-sama dengan peserta-peserta Seminar dihotel tersebut. 

No comments:

Post a Comment