Wednesday, April 17, 2013

Mesyuarat Kawasan DBKL PP & STAFF

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pihak Pekerja telah mengadakan Mesyuarat Agongnya pada 16/04/2013 jam 8.30 pagi bertempat Di Dewan Perpustakaan, Kuala Lumpur.

Perpustakaan DBKL
Urusetia Pendaftaran

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 600 orang telah dirasmikan oleh En. Azih bin Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Hadir bersama Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam, Setiausaha, En. Pissal bin Abu, Pen. Setiausaha dan En. Shamshuddin Abd. Rahman Pengerusi Koperasi Kawasan DBKL PP.

En. Azih bin Muda sedang berucap
Pengerusi Kawasan DBKL PP sedang berucap

Urusetia pendaftaran seramai 12 orang terdiri daripada Kakitangan Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut membantu dari awal hingga ke akhir mesyuarat pada hari tersebut. Sebaik sahaja selesai mesyuarat semua anggota-anggota yang hadir diberi jamuan pagi dan elaun kehadziran mesyuarat.

Sebahagian yang hadir
Jamuan Pagi

Hari esoknya 17/04/2013 DBKL Kawasan Staff juga mengadakan mesyuaratnya di dewan yang sama tempat yang sama jam 9.00 pagi. Seramai 550 orang yang hadir juga urusetianya turut dibantu oleh  Kakitangan Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

En. Pissal bin Abu sedang berucap
Mesyuarat sedang berlangsung

Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan DBKL Staff telah memulakan ucapanya dengan diikuti Ucapan Perasmian oleh En. Pissal bin Abu, Pen. Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Bayaran Elaun Mesyuarat
Jamuan Makan

Diakhir mesyuarat semua anggota yang hadir diberi jamuan makan pagi beserta dengan bayaran elaun mesyuarat sebanyak RM 30.00 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment