Monday, April 8, 2013

Seminar Perniagaan


Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Peersekutuan telah menganjurkan Seminar Perniagaan Atas Talian pada 8/4/2013 hari Isnin jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian
Peserta Seminar

Peserta-peserta seminar adalah terdiri daripada Pemimpin-pemimpin Koperasi di Wilayah Persekutuan sahaja yang dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha dan seorang Lembaga bagi mewakili setiap Koperasi yang berdaftar di Wilayah Persekutuan.

Sedang Mengaminkan Doa

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diwakili oleh En. Azih bin Muda Pengerusi, Tuan Haji Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha dan seorang lagi iaitu En. Pissal bin Abu Ahli Lembaga merangkap Penolong Setiausaha menghadiri seminar ini.

Ucapan Perasmian
Sebahagian dari peserta

Seminar ini dirasmikan oleh Y.bhg Tuan Haji Musa bin Nasri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Perseketuan. Rata-rata peserta diletak mengikut meja bulat seperti bersantai, Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan, Kertas kerja 1 dari Perniagaan Atas Talian - Konsep dan Peluang, Oleh Telekom Malaysia & Lelong.my.

Penceramah Pertama
Mendengar ceramah


Selepas makan tengahari disambung ceramah ke 2 Penyelesaian Efektif Bagi Perniagaan Menerusi "Cloud Computing" Ke 3 Pengenalan Percukaian Kastam GST oleh Tuan Faizulnudin bin Hashim. Program berakhir selepas jamuan petang.

En. Pissal sedang memasukan data

No comments:

Post a Comment