Friday, April 5, 2013

Pasar Nelayan

Ramai orang dalam bandar atau pendalaman tidak tahu ujudnya Pasar Nelayan, Pasar ini terletak di jalan Kg. Hilir Tandop, Mukim Kubang Rotan tidak jauh dengan Simpang Kuala Sungai  jaraknya sejauh 6 km dari Alor Setar, Kedah.

Pasar Nelayan

Keadaan tempat begitu stratigik ianya mempunyai tempat letak kereta khas khusus untuk para pelanggan dan tidak sesak, Keistimewannya pasar ini ikan-ikan yang baru ditangkap oleh para Nelayan terus  membawa balik ikan-ikan tersebut dan dinaik ke pelantar dan dijual kepada para pelanggan yang siap menunggu kepulangan mereka.

Pelantar Ikan
Suasana Pelantar

Suasana disekeliling Pelantar tersebut sudah menjadi seperti pasar yang dinamakan Pasar Nelayan sesuai dengan nama tersebut, pelbagai jenis ikan-ikan segar termasok udang besar, sotong, ketam, siput dan lain-lain lagi turut dijual di Pasar tersebut.

Pelbagai Jenis Ikan

Jika kita datang ke Pasar ini semuanya ada sayuran-sayuran, ulam, ikan kering termasok 6 setor kedai runcit menjual barang-barang keperluan seharian. Pendek kata apa yang ada diPasar-pasar besar semuanya ada disitu.

Jualan Siput
Sayuran

Sekiranya kita nak mengelak dari kesesakan lalulintas dan mendapatkan bekalan ikan-ikan yang segar saya mencadangkan Tuan-tuan dan Puan-puan kunjungilah Pasar Nelayan, sama-samalah kita bantu para Nelayan dan Bangsa kita sendiri.

Aktiviti Jualan

No comments:

Post a Comment