Sunday, April 7, 2013

Mesyuarat Kawasan Pertama

Indah Water Konsortium Alor Setar (IWK) yang pertama telah mengadakan Mesyuarat Agong Kawasan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 7/4/2013 hari Ahad jam 12.45 tengahari di Tat Restoran Nasi Ayam, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.

En. Pissal Abu bersama Pekerja IWK
Anggota Koperasi Kawasan IWK Alor Setar

Seramai 48 orang dari 61 orang anggota di IWK menghadiri mesyuarat tersebut, Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dihadiri oleh En. Pissal Abu  Ahli Lembaga merangkap Penolong Setiausaha di mesyuarat tersebut.

Sebahagian yang hadir
Penerimaan Elaun Mesyuarat
Menerima Elaun Mesyuarat

Mesyuarat berjalan dalam suasana mesra, selesai sahaja mesyuarat semua yang hadir di berikan jamuan makan tengahari di restoran tersebut dan mereka dibayar elaun hadir mesyuarat RM 30.00 setiap seorang.



Jamuan Makan Tengahari

No comments:

Post a Comment