Friday, April 12, 2013

Songkran diDanok, Thailand

Hari ini dan esok 12-13/04/2013 adalah merupakan Pesta Songkran (Pesta Main Air) khusus untuk penganut-penganut Agama Budha, Thailand atau dimana sahaja perkampungan orang-orang Thailand sama ada di Malaysia atau lain-lain tempat menyambut pesta ini.

Pintu Masuk Imgeresen Malaysia

Semalam saya memasuki Pekan Danok, Thailand penuh sesak dengan kereta-kerata Malaysia mulai dipintu masuk Imgresen Malaysia beratur-bertur hingga ke Sempadan, biasanya kalau banyak kereta makan masa 20 minit tapi semalam hampir 40 minit.

Slah 1 lorong di Pekan Danok
Di Tepi Jalan Raya

Apabila kereta saya mulai masuk ke Pekan Danok hati saya tertanya kenapa hari ini kereta jem sangat rupa-rupanya dipinggir-pinggir Jalan, Hotel dan Pusat membelibelah ramai orang memegang senapang air masing-masin berperang yang menjadi mangsa orang-orang malaysia yang tidak tahu adanya pesta air menjadi mangsa.

Dihadapan Hotel
Dihadapan Kedai Karaoke

Setiap simpang setiap lorong kesemuanya berperang antara mereka atau kumpulan lain dengan kumpulan yang lain, kereta saya dicurah dengan air ada yang menembak dengan senapang air dan apa yang tak tahan kereta saya berwarna merah dilumurkan dengan tepong menjadi putih. Tapi tak siapa pun boleh marah kerana ini adalah budaya mereka.

Sebahagian Pemuda Tempatan

Bukan setakat orang-orang tempatan, turut menyertai pesta ini adalah Pelancong-pelancong dari Malaysia terdiri dari anak-anak muda yang sanggup datang awal sehari dan menginap di hotel-hotel disekitar Pekan Danok turut membeli senapang air dan bersama-sama menyertai pesta air ini.

Dihadapan Pasaraya tepi Jalan Besar

Pendek kata semua hotel-hotel besar murah habis semua ditempah, saya juga tidak dapat bilik untuk nak bermalam di Pekan Danok, tembakan bunga api disebelah malam beberapa pengerusan hotel atau orang-orang persaorangan menyerikan pesta sepanjang hari tersebut.

Bersambung lagi....

No comments:

Post a Comment