Thursday, October 23, 2014

Perbincangan Cadangan Kajian Semula Akta Koperasi 1993

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah berjaya mengadakan Program Perbincangan Cadangan Kajian Semula Akta Koperasi 1993 pada 22-23/10/2014 (Rabu & Khamis) bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor.


Seramai 120 buah Koperasi seluroh Negara dijemput menyertai bengkel ini bagi tujuan mengkaji dan berbincangan secara kumpulan diatas tajuk Cadangan Kajian Semula Akta Koperasi 1993 yang akan diserah kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.



En. Pissal Abu Setiausaha KOSPETA

Hari Pertama pada 22/10/2014 (Rabu) selepas pendaftaran peserta ditutup pada jam 7.00 malam, Peserta semua ditempatkan di hotel tersebut, jam 800 malam semua peserta di beri jamuan makan malam juga di hotel tersebut. Selepas jamuan makan malam jam 9.00 malam Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato, Haji Abdul Fatah bin Haji Abdullah Presiden ANGKASA.

Pegawai Tertinggi ANGKASA
Ucapan Perasmian
Sebahagian dari Peserta

Bagi memudahkan di buat perbincangan, pihak urusetia telah pun mengujudkan sebanyak 4 kumpulan untuk seramai 120 orang peserta membincang dengan sebebasnya mengenai Cadangan Akta 1993 yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersama pindaan yang dibuat oleh ANGKASA melalui peguamnya.

Taklimat oleh Peguam
Sebahagian dari Peserta
Peserta seminar

Dihari kedua pada 23/10/2014 (Khamis) sebaik sahaja selepas sarapan pagi semua peserta tepat jam 8.30 pagi sudah berada didalam Dewan yang mana Taklimat Pembentangan Cadangan Kajian Semula Akta Koperasi oleh Peguam yang dilantik oleh ANGKASA.

Tajuk Pindaan Akta
Sebahagian dari Peserta Bengkel 3
Peseta Bengkel 3
Buku Akta ANGKASA dan SKM
Menyiapkan Pindaan Akta 1993

Setelah selesai taklimat pembentangan semua peserta diagihkan kepada 4 kumpulan dalam 1 kumpulan di anggotai seramai 30 orang peserta. Tempat perbincangan di asing2kan. Setelah selesai diadakan perbincangan mengikut kumpulan jam 2.30 petang semua kumpulan balik semula kedalam dewan bagi membentang semula mengikut kumpulan2.

Makan Tengahari

No comments:

Post a Comment