Friday, October 17, 2014

Sempena Sambutan 50 Tahun

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasaa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) telah berjaya mengadakan Jamuan Makan Malam Sempene 50 Tahun Jubli Emas pada 17/10/2014 Jumaat jam 8.00 malam bertem di Dewan Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Pentas VIP
Susuanan atur meja
Sebahagian dari orang ramai

Program yang disertai oleh semua Exco-exco dan Jawatankuasa Jawatankuasa Cawangan di Seluroh Negara dalam Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan seramai 600 orang di rasmikan oleh YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ketibaan YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Ramai dif-dif jemputan terdiri YBhg. Tan Sri, Dato-Dato' Datin-Datin Ketua-Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Jabatan Pihak Berkuasa Tempatan, barisan Pemimpin-Pemimpin Cuepacs turut serta pada malam itu.

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
YBhg. Datuk Azih bin Muda

Ketibaan YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin disambut oleh YBhg. Datuk Azih bin Muda, Presiden ANULAE Sememanjung Malaysia merangkap Presiden Cuepacs bersama barisan J/kuasa Sambutan Jamuan dan Pemimpin Cuepacs di iringi kumpulan bunga mangga dan kompang.



Majlis di mulakan dengan Lagu Negara Ku di susuli Lagu Bersatu Setia dan Bacaan Doa seterusnya persembahan Montaj selama 15 minit.  YBhg. Datuk Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia yang juga Pengerusi Jamuan Makan Malam Sempena Jubli Emas memulakan ucapanya.



Sebaik sahaja selesai ucapan tuan rumah YAB. Tan Sri Dato, Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri memberi ucapan serta merasmikan Jamuan Makan Malam Sempena 50 Tahun Jubli Emas.



Sebagai hadiah kenangan pihak urusetia Sambutan Jamuan Makan Malam 50 Tahun Sempena Jubli Emas menghadiahkan potret lukisan berminyak kepada YAB. Tan Sri bersama dengan YBhg. Datin Sri. Gambar terbaru semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri di Parlimen Pagoh.

Meja Vip
Jamuan di mulakan
Ketua-Ketua Jabatan
Pemimpin Cuepacs
Mantan-mantan Presiden dan Setiausaha Agung

Jamuan Makan Malam di mulakan sebaik sahaja selepas YAB Tan Sri berucap diiringi muzik dan penarai kebudayaan DBKL serta Majlis-Majlis Daerah turut membuat persembahan pada malam tersebut.

Cederamata Utk Exco
Cederamata Utk Exco
Anugerah PBT Terbaik
Anugerah PBT Terbaik

Kemuncak acara pada malam itu Majlis Penyampaian Anugerah kepada Exco-exco yang bersara untuk seramai 3 orang dan termasok Pengiktirafan Majlis yang terbaik dalam Kebersihan.

Kakitangan Koperasi KOSPETA
Sebahagian dari orang ramai
Penyertaan dari syarikat KVK

Diakhir jamuan selepas diadakan beberapa persembahan hiburan, Jawatnkuasa Urusetia bergambar beramai-ramai bersama dengan YAB. Tan Sri Dato, Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

J/Kuasa Urusetia
ANULAE Kawasan Langkawi

YAB. Tan Sri Dato, Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin berangkat pulang pada jam 11.45 malam di iringi oleh YBhg. Datuk Azih bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Presiden Cuepacs serta Dif-dif jemputan.

Bergambar bersama YAB Tan Sri
Kepulangan YAB Tan Sri
Mantan dengan J/Kuasa Urusetia
Pemimpin Cuepacs
Mantan Presiden Cuepacs
J/Kuasa Sambutan 50 Tahun

Sambung lagi....

No comments:

Post a Comment