Saturday, September 24, 2011

3R & Pertandigan Lagu Raya

Environment IDAMAN Sdn Bhd bersama tuan punyai NC Cafe mengadakan program bersama dengan masyarakat dalam 3R dan Pertandingan Lagu-lagu Raya untuk penduduk tempata disekitar tempat tersebut pada 23 september 2011, hari Jumaat jam 9.00 malam bertempat di NC Cafe, Kubang Tiga, Padang Besar, Perlis.  



Program ini diadakan untuk memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai environment IDAMAN Sdn Bhd khusus dalam 3R.bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Majlis dimulakan dengan ceramah oleh En. Pissal Abu, Pegawai Jabatan Koporat dan Komunikasi, environment IDAMAN Sdn Bhd.



Sambutan amat mengalakan selepas diadakan ceramah majlis diteruskan dengan mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Raya dengan menyaksikan peserta persaorangan seramai 23 orang manakala bergu hanya 2 pasangan sahaja.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan hanya barang-barang electirk seperti dapur masak, periok nasi, pembakar roti, seterika dan set gelas serta 100 hadiah cabutan nombor bertuah disediakan.




Hadiah pemenang pertama hingga ke lima disampaikan oleh En. Pissal Abu manakala lain-lain hadiah disampaikan bersama dengan pengadil-pengadil serta orang ramai disitu.


Gambar Keselurohan
Majlis yang bermula pada jam 10.00 malam berakhir pada jam 3.00 pagi boleh dikatakan semua yang hadir mendapat hadiah cabutan.

No comments:

Post a Comment