Friday, December 23, 2011

Mesyuarat ALK Khas

Sempena Persidangan Tri Tahunan ke 24 ANULAE Semenanjung Malaysia pada 24-25/12/2011 bertempat di Dewan Negeri Kuala Trengganu, Trengganu diadakan mesyuarat ALK khas k2 dan ke 3 pada 23/12/2011 bertempat diDewan Cempaka, jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Trengganu, Trengganu.



Sebelum mesyuarat pada 23/12/2011 semua ALK, Pengurus dan Kerani-kerani Kanan Koperasi KOSPETA dibawa melawat ke Koperasi KOGURU yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.  Mesyuarat kali ini diadakan bagi tujuan bersama-sama dengan Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja serta kempen menambah keanggotaan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Semua ALK hadir manakala Pengurus serta Kerani-kerani Kanan Koperasi KOSPETA turut menghadiri mesyuarat ini.


Selepas mesyuarat kami semua ke masjid berdekatan untuk solat jumaat dan selepas itu kami semua dibawa ke rumah Ibu En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad untuk kenduri aruah dan tahlil.

No comments:

Post a Comment