Saturday, December 17, 2011

Pertandingan Lagu Karaoke

YZ Famili Corner Restoran bersama environment IDAMAN Sdn Bhd menganjurkan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Terbuka dalam Program Kitar Semula dan Envi Bersama Masyarakat pada 16/12/2011 jam 9.00 malam bertempat di Hutan Betus, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat

Program ini mendapat sambutan yang mengalakan dengan menyaksikan seramai 42 orang peserta mengambil bahagian, Bagi memulakan program ini En. Pissal Abu Pegawai dari environment IDAMAN Sdn Bhd memberi taklimat mengenai program 3R dan menerangkan pemberian tong sampah percuma kepada masyarakat taman yang membayar hasil pintu.

Pengunjung dan Peserta
Pengunjung dan Peserta

Sebaik sahaja taklimat selesai diadakan majlis diteruskan dengan acara pertandingan lagu-lagu karaoke, seramai 42 orang telah mendaftar menyertainya. Peserta-peserta yang mengambil bahagian bukan hanya disekitar Bandar Alor Setar ada diantara mereka dari Sungai Petani, Butterworth dan Perlis.

Peserta Lelaki
Peserta Wanita
Nyanyian Lelaki
Nyanyian Wanita

Hadiah-hadiah yang ditawarkan dari tempat pertama hingga ke sepuloh merupakan barang-barang electrik namum begitu bagi mereka bukan hadiah menjadi satu ukuran yang penting menyertai program ini disamping dapat berhibur.

Pengadil

Malam tersebut mendapat sambutan dari pengunjung-pengunjung sehingga tiada cukup tempat duduk ramai yang berdiri ditepi jalan dari awal hingga keakhir, Mereka ingin mengetahui siapakah pemenang kerana semua peserta dapat mempersembah nyanyian yang terbaik.

Pakaian Terbaik Wanita
Persembahan Terbaik Lelaki

Hadiah khas untuk peserta bagi ketegori persembahan lelaki dan wanita terbaik serta pakaian lelaki dan wanita terbaik masing-masing mendapat hadiah set gelas klasik beserta wang tunai setiap seorang RM 20.00.  Selain dari hadiah-hadiah pihak penganjur juga ada menyediakan sebanyak 60 cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung dimalam tersebut.

Pengadil
Pengadil

Pengadil serta orang ramai turut merasa pening untuk memilih peserta terbaik bagi seramai 10 orang kerana masing-masing menunjukan persembahan yang baik namum begitu adat pertandingan ada kalah dan menang, apa pun yang diharapkan keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada sesiapa harus menaruh perasaan tidak berpuas hati kerana pengadil itu juga adalah manusia. .Pertandingan berakhir pada 17/12/2011 jam 2.08 pagi. 

Gambar Pertandingan

No comments:

Post a Comment