Saturday, December 24, 2011

Majlis Perasmian Persidangan Tri Tahunan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE)  Semenanjung Malaysia telah jayanya mengadakan Mesyurat Agungnya Tri Tahunannya kali ke 24 pada 24-25/12/2011 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Stadium Negeri, Kuala Trengganu, Trengganu.


Tetamu Jemputan

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Y.B. Dato, Haji Abdul Rahim bin Mohd Said Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Trengganu. Diantara yang hadir bersama pada majlis perasmian pagi tersebut selain Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia En. Azih bin Muda, Dato, Haji Azlan Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Trengganu dan Dato, Haji Omar bin Osman Presiden Cuepacs.


Perwakilan Yang Hadir

Perwakilan dari seluroh Semenanjung Malaysia seramai 600 orang termasuk juga pemerhati menghadiri persidangan ini. Persidangan dimulakan dengan lagu Negaru Ku diikuti lagu ANULAE dan seterusnya lagu Suara pekerja serta lagu Perkhidmatan Awam, penyedian lagu dan lirikata disediakan oleh En. Pissal bin Abu Mantan Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia.

Ucapan En. Azih Muda
Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia

Ucaptama En. Azih bin Muda Presiden ANULAE, Ucap kedua Dato, Haji Omar bin Osman, Ucap ketiga Dato, Haji Azlan Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Trengganu dan Ucap Perasmian oleh Dato, Haji Abdul Rahim bin Mohd. Said, Negeri Trengganu.

Presiden ANULAE
Ucapan Perasmian

Dato, Haji Omar Osman Presiden Cuepacs dalam ucapanya menerangkan sikm baru SBPA yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang menjadi kontroversi antara JPA dengan Cuepacs. Lanjutan dari itu Wakil Cuepacs En. Azih bin Muda Timbalan Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia telah menerangkan penderian Cuepacs dalam Program BICARA antara wakil JPA Dato, Yeow Chin Keong dengan En. Azih bin Muda dipengerusikan oleh En. Amin bin Idris Pengacara yang dianjurkan oleh TV Alhijrah jam 9.30 malam pada 21/12/2011.

Penyampaian Cederamata
Penyampaian Cederamata
Jamuan Ringan
Gambar Perasmian

Majlis perasmian selesai pada jam 11.00 pagi dan semua jemputan dijemput ke jamuan ringan dan selepas itu diadakan press confrence untuk Presiden Cuepacs mengenai isu-isu berbangkit tentang SBPA oleh TV 3 dan TV 1 serta wartawan dibilik khas yang disediakan.

Pegawai Tertinggi dan Exco

Mesyuarat Agung Tri Tahunan dan Pertandingan Aspek Wanita bermula jam 11.45 dan berakhir jam 1.00 tengahari bagi fasa pertama kemudian semuanya ke jamuan makan tengahari yang disediakan di dalam dewan tersebut. Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang.


Pertandingan Aspek Wania

No comments:

Post a Comment