Thursday, March 31, 2011

Kitar Semula Majlis Daerah Sik

Hasil perjumpaan dan taklimat oleh PPSPPA, environment IDAMAN Sdn Bhd kepada Majlis Daerah Sik serta lain-lain Jabatan Kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan diDaerah Sik pada 24 Februari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Sik Inn telah membuahkan hasil dan menjadi KENYAATAAN.

Pejabat Majlis Daerah Sik
Kain Sepandok

Hari ini 31 March 2011 tarikh yang dipilih dan dipersetujui setiap penghujung bulan diadakan Program Kitar Semula yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Anjung Pejabat Majlis Daerah Sik, Sik Kedah.

Barang-barang sedang ditimbang

Sebaik sahaja kaunter dibuka Majlis Daerah Sik mendahului lain-lain Jabatan dengan mengumpul kertas terpakai sebanyak 717.5 kilo tidak termasok Botol-botol Plastik, Kotak dan Besi serta tin-tin. Jabatan yang turut serta Jabatan Risda, TNB, Jabatan Kebajikan, Jabatan Pertanian, PPSPPA dan orang-orang persaorangan.

Kakitangan Majlis Daerah Sik sedang menyusun 
Kertas-kertas terpakai untuk dikitar
Peg. Penguatkuasa Majlis Daerah Sik

Kutipan hari pertama menyaksikan banyak barang-barang yang dihantar oleh Jabatan-jabatan atau orang-orang persaorangan kebanyakan Kertas, Botol Plastik dan Besi. Semua barang-barang tersbut dibawa terus ke kaunter yang disediakan. 

Jabatan Pertanian

Jabatan Risda
TNB
Orang Persaorangan

Sebaik sahaja program ini selesai dan kaunter ditutup pada jam 11.30 pagi En. Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Bhd terus membuat bayaran kepada Pegawai Akaun Majlis Daerah Sik sebanyak RM 586.00 dengan disaksikan oleh Pegawai PPSPPA.

En Pissal Abu sedang menyerahkan hasil jualan 
kepada Pegawai Akaun.

Jam 11.30 pagi kaunter ditutup kesemua barang-barang 3R dibawa naik ke lori untuk membawa balik ke Alor Setar untuk ke kedai kitar semula.

Barang-barang yang dikumpul
Barang-barang dibawa naik ke Lori

Sebelum bersurai Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Sik telah menyediakan makan tengahari kepada semua Staff dan pekerja-pekerja yang menjalankan program kitar semula.

Bacaan Doa
Jamuan Makan
Video Kitar Semula

Terima kasih kami ucapkan. 


1 comment:

  1. aku redha dengan Pemergian Mu wahai Ayahnda Ku Zulkifli bin Osman Moga Allah SWT meletakan Ayahnda bersama-sama dengan orang yang Soleh. amin...

    ReplyDelete