Saturday, March 26, 2011

Gotong Royong Perdana 2011

Rukun Tetangga Taman Mashuri, Pusat Khidmat Parlimen, Majlis Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama environment IDAMAN, IPDA, AADK, Klej Pertanian, Giat Mara, UUM, UITM, ILP, JPJ Kubang Pasu, Hospital Jitra, Pejabat Kesihatan, Bomba Sukarela, JKKP dan MKK Tmn. Mashuri telah menganjurkan Gotong Royong Perdana dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari pada 26-03-2011 bertempat di Surau An Nur, Taman Mashuri Fasa 2, Jitra, Kedah.

Tetamu Kehormat
Ucapan Y.B. Wira Mohd. Johari bin Baharum
Video Ucapan Perasmian

Majlis perasmian gotong royong oleh Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta penyampaian sijil penyertaan kepada agensi-agensi yang menyertai pameran dan gotong royong. Peserta yang mengambil bahagian hari ini seramai 350 orang terdiri daripada Pusat Penganjian Tinggi Jabatan Kerajaan, Ngo dan Swasta.

Apa Kata Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum
En. Pissal Abu Menerima Sijil Penyertaan

Gotong royong bermula sebaik sahaja alatan-alatan kerja dari environment IDAMAN dan Majlis Daerah Kubang Pasu tiba dan alat-alat tersebut diberikan kepada peserta-peserta yang menghadiri program gotong royong ini.

Alatan Gotong Royong

Memandangkan sambutan yang hangat dengan kehadiran begitu ramai peserta-peserta maka alat-alatan gotong royong yang dibekalkan oleh environment IDAMAN dan Majlis Daerah Kubang Pasu tidak mencukupi namun begitu kerja-kerja dapat dijalankan.

Y.B. Dato' Wira Mohd Johari dan Y.B. Dato' Saad Man
Aktiviti Sempena Gotong Royong

Gotong Royong yang diketuai oleh Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum bersama Y.B Dato' Saad Man serta Peserta-peserta lain dan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Setiap peserta menjalankan tugas masing-masing dengan membersih segala sampah-sampah sarap dan lunggok. Sayangnya lebih kurang jam 9.00 pagi hujan lebat telah turun maka semuanya berpatah balik ke dalam khemah.

Y.B. Dato' Wira Mohd. Johari Baharum sedang bergotong royong
Peserta-Peserta Gotong Royong
Kerja-Kerja Gotong Royong
Peserta Gotong Royong
Pekerja environment IDAMAN Sdn Bhd

Selain program gotong royong peserta-peserta yang hadir dapat menyaksikan Pelbagai Pameran dari Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sekali gus boleh menderma darah yang dikelolakan oleh Hospital, Jitra.  

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kubang Pasu
Andi Dadah Kebangsaan
Derma Darah

Pada jam 1.00 tengahari, selepas majlis penutup semua yang hadir dijemput menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan khas untuk peserta-peserta gotong royong yang dimasak secara gotong royong oleh Penduduk-penduduk di Taman Mashuri.

Gotong Royong Memasak Nasi
Jamuan Makan Tengahari
Peserta-peserta sedang menjamu selera
Gambar diSekitar Gotong Royong


No comments:

Post a Comment