Saturday, March 5, 2011

Gotong Royong & Kitar Semula

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Penduduk-penduduk Taman Pinang Merah kerana berjaya menganjurkan Majlis Gotong Royong dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar dan environment IDAMAN Sdn Berhad pada 05-03-2011 bertempat diPadang Permainan Kanak-kanak Taman Pinang Merah, Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah.


Peserta Melaporkan Diri

Penduduk-penduduk Taman ltu sejak awal-awal lagi keluar beramai-ramai ke tapak gotong royong untuk menyertai program ini yang akan bermula dengan senamrobik dan pocho-pocho diikuti ucapan Pengerusi dan Ceramah Kitar Semula oleh En Pissal Abu Officer environment IDAMAN Sdn Berhad.


Jurulatih Senamrobik & Pocho-pocho
Kumpulan Lelaki
Kumpulan Wanita
Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
Ceramah Kitar Semula
Peserta Sedang Mendengar Ceramah

Selepas ceramah semua peserta dijemput ke majlis jamuan pagi sebelum memulakan gotong royong, Program gotong royong mendapat kerjasama sepenuhnya dari penduduk-penduduk diTaman tersebut.  

Pengagihan Kawasan Gotong Royong

Setiap peserta yang mengambil bahagian sama ada orang dewasa atau kanak-kanak bekerja bersungguh-sungguh membersihkan longkang ditaman tersebut, jam 11.00 pagi semua peserta berkumpul semula dikhemah yang disediakan oleh environment IDAMAN Sdn Berhad, Sebelum majlis penutup sebagai mengisikan masa lapang maka peserta-peserta gotong royong dijemput berkaraoke.

Penduduk-Penduduk Taman
Penduduk-Penduduk Taman
Pekerja envi & Penduduk Taman
Pekerja-Pekeerja envi IDAMAN Sdn Bhd
Video Gotong Royong
Gambar Peserta Gotong Royong

Pengerusi Persatuan Penduduk mengakhiri majlis dengan memberi ucapan terima kasihnya kepada MBAS dan syarikat environment IDAMAN Sdn Berhad yang turut menjayakan majlis ini. Majlis bersurai jam 12.30 tengahari.

No comments:

Post a Comment