Wednesday, March 2, 2011

Perjalanan Ke Gungzhou

Pada 27/02/2011 (Ahad) Perjalanan kami ke Gungzhou memekan masa selama 4 jam dari Shenzhen kami singgah ke Makam Saad bin Abu Waqas salah seorang sahabat Nabi dalam memperjuangkan Syair Islam di Negeri Cina. Makam ini terletak dipinggir Bandar yang mempunyai kawasan yang tersangat luas. Rombongan kami sempat bersembahyang sunat didalam masjid dan membaca doa dimakamnya. Rombongan kami dibawa terus ke Bandar Guangzhou untuk makan tengahari serta bersolat disitu. Mujurlah hari  ini Ahad semua pejabat Kerajaan ditutup maka jalan masuk ke Bandar agak lenggang sedikit.

Video Lawatan Ke Makam

Sampaniya kami diBandar Guangzhou jam 1.20 tengahari kami dibawa ke Restoran Islam untuk makan tengahari dan bersolat direstoran tersebut dalam keadaan keletihan dan lapar alhamdullilah makanan yang disediakan semuanya habis. 

Video Restoran Makanan Islam

Dari situ kami dibawa ke Kilang Perabot di Jengmen yang memakan masa perjalanan selama 2 jam dari Bandar Guangzhou, kawasan ini khas untuk perabot sahaja, semua pengusaha Hotel disitu atau mana-mana negara termasuk Malaysia semunya datang ke sini untuk menempah peralatan perabot Hotel. Amat terpegun sekali dengan kecantikan hiasan disemua kedai kilang disitu. Akhir sekali kami diberi masa hanya 2 jam ada yang mengatakan terlalu lama sangat untuk berada dan masuk ke LOUVRE Hello 2011, Pameran tersebut untuk semua syarikat yang ada disekitar pekan itu bagi mempamerkan barang-barang pengeluaran syarikat masing-masing.

Gambar Pameran Perabot & Electrik

Huuuuh murah gila-gila barangan masagge electrik,  pendek kata semua yang pergi beli sekurang-kurangnya 2 atau 3 alat tersebut setiap seorang, apabila semua berkumpul dan menaiki bas masing-masing merungut kerana masa yang diberikan tidak cukup ini oleh kerana perjalanan kami nak ke Bandar Guangzhou memakan masa lebih kurang 2 jam. Tepat jam 7 petang kami sampai di hotel Euosia dan checkin. Pemandu pelancongan memberitahu semua peserta turun ke Lobby jam 8 malam untuk makan malam.


Barang Perabot
Barang Electrik

Pada 28/02/2011 (Isnin) selepas kami sarapan pagi jam 9  rombongan kami dibawa ke Mengunjungi Jade & Burning Cream Centre salah satu aturcara yang dimasukan, sebaik sahaja kami sampai beberapa kakitangan menyambut kami, kami diberi taklimat serta pemeriksaan kesihatan oleh doktor.


Selesai sudah sessi kesihatan kami dibawa ke restoran untuk makan tengahari dan bersolat disitu, jam 3 kami semua berkumpul semula dan menaiki bas menuju ke Shangxiajiu Road salah satu tempat membeli belah yang besar disini selain kain baju ianya banyak Batu-batu jade serta lain-lain, ditengah-tengah tempat ini diletakan screen TV besar sebagai tempat melepak.

Hai Lapar Betul La
Video Di Shangxiajiu Road

Jam 8 kami selepas bersembahyang kami berkumpul diLobby menaiki bas menuju ke Pearl River Cruise menaiki kapal cruise belayar sepanjang 5 km pergi dan balik untuk melihat keindahan tebing sungai serta bangunan-bangunan besar yang dihiaskan perbagai lampu warna warni. Kapal ini setinggi 3 tingkat dalam satu masa boleh dinaiki seramai 200 orang.

Video Menaiki Kapal Cruise

Pada 01/03/2011 (Selasa) hari terakhir jam 9 pagi kami check out dari hotel menaiki bas menuju ke tempat membeli belah yang tidak dimasuk kedalam jadual iaitu tempat yang paling popular Street Market pusat membeli belah terletak berdekatan dengan tempat kami makan.

Street Market
Waaau disini sama lebih kurang macam Pasar Borong ramainya orang, yang paling banyak urusniaga disini secara harga borong iaitu pelbagai jenis beg-beg besar, beg tangan yang berjenama. Huuuuu gila betul tak tau nak pilih semuanya elok-elok belaka.

Video Street Market

Selepas makan tengahari serta bersolat tempat terakhir kami mengunjungi iaitu Beijing Road yang paling popular di Guangzhou, sekiranya kita kesana tidak pergi ketempat itu pendek kata rugi besar atau pun tidak lengkap perjalanan kita ke Guangzho.

Video Beijing Road
Gambar Beijing Road
Ucapan Terima Kasih Kepada Mr. Peter 

Setelah 5 hari lamanya sampailah masa kami bertolak balik ke Malaysia dengan menaiki pesawat AirAsia, bagi kami keselurohanya amat seronok terima kasih kami kepada Mr. Peter serta pemandu yang sentiasa dalam keadaan COOL melayan apajua kerenah kami. Semasa nak masuk checkin amat terkejut masing-masing beg 1 bila nak balik jadi 2 & 3 mengalahkan perempuan lagi mujurlah dari awal lagi Koperasi KOSPETA menempah setiap orang berat beg 20 kilo keatas, Pesawat kami jam 9 malam dan kami sampai di LCCT Kuala Lumpur jam 1.30 pagi.

1 comment: