Wednesday, March 16, 2011

Perjalanan Ke Serawak

Percutian Sekolah sudah bermula saya mengambil kesempatan ini membawa keluarga bercuti di Serawak, pada malam 15 Mac 2011 kami menaiki pesawat Airasia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, sebaik sahaja sampai  disana kami terus ke Restoran makan di LCCT untuk makan malam dan berehat disitu sehingga jam 3.00 pagi.

Penerbangan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur
Makan Malam

Kami ke Kiosk Airasia untuk checkin dan mengambil tiket segalanya mudah sahaja terletak di hujung jari, selepas itu kemi berehat mununggu sehingga jam 5.30 pagi untuk scan beg dan dimasukan ke dalam baggage. Jam 6.00 kami checkin dan terus solat subuh kemudian menjamu selera sebelum menaiki pesawat.

Tempat Menunggu 
Pesawat yang rosak

Pesawat kami ke Serawak jam 7.25 pagi pada jam 7.45 kami semua dijemput menaiki pesawat AK 5200 sebaik sahaja kami sampai dipesawat dan beratur kami diberitahu oleh seorang petugas memaklumkan pesawat  yang kami nak naik rosak, kami diminta berpatas balik ke tempat menunggu, masing-masing mengeluh apa pun mungkin ada hikmahnya. Jam 8.00 tepat kami sekali lagi dijemput menaiki pesawat gantian.

Dalam Pesawat
Makan pagi didalam pesawat

Penerbangan ke Serawak memakan masa selama 1 jam 45 minit, jam 9.45 pagi pesawat kami mendarat dengan keadaan baik diLapangan Terbang Kucing Serawak. 

Pesawat mendarat
Berjalan keluar
Salah satu shopping didalam terminal
Mengambil Beg

Kami terus mengambil teksi menuju ke Bandaraya Kucing untuk checkin di Tune Hotel. Bilik sudah pun ditempah pada bulan januari yang lalu semasa saya melawat ke Serawak tempoh hari. 

Tune, Hotel
Video Perjalanan ke Serawak




  

No comments:

Post a Comment