Sunday, March 6, 2011

Kitar Semula di Wisma Darul Aman

Mulai bulan ini program Kitar Semula di Wisma Darul Aman jadualnya telah ditukarkan dari setiap minggu kepada 2 minggu sekali kerana kekurangan bahan. Hari ini 6/3/2011 adalah minggu pertama dalam bulan ini program yang dijalankan.

Berbincang Sebelum Memulakan Pembelian

Amat memeranjatkan kami apabila pagi ini kaunter mula dibuka jam 9.00 pagi kiri kanan dan depan disetiap sudut ada yang membawa bahan-bahan kitar semula untuk dikitarkan. Saya yang dibantu oleh En. Mohamad Hashir Harun bersama Cik Wan Nor Ilza Wan Mohd. Yatim dari PPSPPA dan En. Fauzi dari Kerajaan Tempatan bekerja keras bagi mempastikan kerja-kerja pembelian dan penimbangan berjalan dengan lancar.

Kaunter Jualan dibuka

Bahan Kitar Semula Sedang Di Timbang
Bahan Kitar Semula Yang DiKumpul


Pada mulanya Bahagian Operation environment IDAMAN Sdn Bhd menghantar lori kecil pagi bagi program ini namun setelah melihat barang-barang kitar semula semakin banyak maka saya menghubungi Bahagian Operation mohon supaya dapat menghantar lori 3R turut membantu, alhamdulillah sejam selepas itu bantuan lori pun tiba bersama-sama dengan krewnya kerja-kerja lebih mudah lagi.

Lori Open Kecil

Bantuan Lori 3R
Selesai Menjalankan Tugas

Hasil penjualan hari ini adalah terbanyak dalam sejarah sejak program ini diperkenalkan, Jumlah pendapatan hasil dari jualan mencecah kepada RM 785.80 atas kuantiti seberat 2,165.1 kilo

Bahan Dihantar Ke Kilang Kitar Semula

No comments:

Post a Comment