Friday, July 22, 2011

Kembara Duga Skaat 2011

Sekolah Kebangsaan Tok Jalai, Jitra telah berjaya mengadakan Kem Kembara Duga Skaat 2011 kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut selama 3 hari 2 malam pada 21 - 23 Julai bertempat di Homestay Kampong Pulau Pisang, Tunjang, Jitra Kedah.


Peserta sedang makan tengahari
Khemah Peserta

Seramai 100 orang pelajar termasok guru-guru lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian didalam program ini. environment IDAMAN Sdn Bhd bersama PPSPPA juga turut terlibat dengan mengadakan taklimat mengenai Program Kitar Semula yang disampaikan oleh En. Pissal Abu Pegawai, Jabatan Komunikasi Koporat environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal sedang memberi taklimat
Peserta-peserta
Guru-guru dibelakang membuat pantauwan

Taklimat kitar semula yang disampaikan dapat menarik pelajar-pelajar dan ianya akan menjanakan pendapatan sampingan khususnya kepada pelajar-pelajar dan amnya sekolah tersebut. Hadir bersama ditaklimat tersebut YM. Tunku Abaidah bin Tunku Yusof yang mewakili Tuan Ceo, En. Afzainizam Abd. Rahim Ketua Jabatan Komunikasi Koporat dan En. Mohd Fais bin Abd. Rahman, CCD Alor Setar.

Bergambar beramai-ramai
Salah satu homestay

No comments:

Post a Comment