Wednesday, July 20, 2011

Taklimat Kitar Semula

Corporate Communication Department dijemput oleh Pengetua Sekolah Menengah Convent untuk Taklimat Kitar Semula kepada Pelajar-pelajar Sekolah tersebut pada 20 Julai 2011 hari Rabu jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sekolah Menengah Convent, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah. 


En. Pissal Abu Officer dari Corporate Communication Department telah menyampaikan taklimat mengenai kitar semula dalam 2 sessi kepada seramai 200 orang pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 hingga 3 manakala sessi ke 2 taklimat disampaikan oleh En. Mohd Fais Abd. Razak kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 disekolah tersebut.

En. Pissal Abu sedang menyampaikan taklimat
Pelajar tingkatan 1,2 dan 3

Sebaik sahaja selesai diadakan taklmat sebanyak 5 soalan ditujukan kepada pelajar-pelajar sebagai ujian sama ada mereka faham atau tidak faham atas taklimat yang diberikan. Alhamdulilah kesemua soalan boleh dijawab erti kata mereka mendengar, mencatit dan faham diatas taklimat tersebut.

Pelajar diberi hadiah 
En. Afzainizam menyampaikan cederamata kepada Guru

No comments:

Post a Comment