Tuesday, July 19, 2011

Latihan Pengerusan Sisa Pepejal

Pusat Latihan Klinikal PPKP Jitra Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Pejabat Kesihatan Kubang Pasu, Jitra mengadakan Lawatan pada 19 Julai 2011 Hari Rabu jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd, Rumah Kedai Taman Anggerik, Lebuhraya Sultanah, Alor Setar, Kedah. 


Tujuan lawatan diadakan untuk memberi latihan kepada seramai 10 orang Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didalam bidang Pengerusan Sisa Pepejal, Time Motion Study serta Tapak Pelupusan bagi membolehkan mereka memudahkan menjalani Kursus Diploma Kesihatan Persekitaran.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat

Disebelah pagi mereka melawat Jabatan Komunikasi Koporat disambut oleh En. Afzainizam Ketua Jabatan bersama dengan Cik Azlinda Ariffin manakala ceramah mengenai Struktur Organasasi dan Kitar Semula disampaikan oleh En. Pissal Abu dengan dibantu oleh Cik Azlinda Ariffin.

Cik Azlinda memberi taklimat

Disebelah petang sebelum dimulakan taklimat Tuan Haji Nazrin telah memberi ucapan singkat dengan mengalu-alukan kehazirin mereka dan seterusnya diberi taklimat oleh ketua En. Bunyin Ketua Jabatan Audit  manakala Tuan Hj. Jamel Ketua Jabatan Operation.   

Tuan Haji Nazrin sedang berucap
En. Afzainizam Ketua Jabatan Komunikasi Koporat

No comments:

Post a Comment