Friday, July 22, 2011

Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia telah berjaya mengadakan Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda pada 20-22 Julai 2011 selama 3 hari 2 malam hari Rabu, Khamis & Jumaat bertempat di Dewan Tengku Anis, Tingkat 3 Bazar Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan Bazar Tengku Anis

Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan ANULAE Semenanjung Malaysia di hadiri oleh seramai 100 orang peserta yang mewakili cawangan diseluroh Negara keselurohanya berkhidmat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyertainya dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Anis bin Hussein Setiausaha MPKB-BRI.

Hotel Khalifa Suites

Peserta-peserta termasok penceramah, Pegawai-pegawai tertinggi dan Exco semuanya menginap  diKhalifa Suites Hotel & Apartment. Hotel ini merupakan yang baru siap dibina dengan harga kadar yang rendah.

En. Pissal Abu Mantan Naib Presiden 1
Sebahagian dari peserta seminar
Haji Wan Yusoff menyampaikan cederamata

Mantan Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia En. Pissal bin Abu turut di undang memberi ceramah  mengenai Kempinan Era Baru kepada peserta-peserta seminar/bengkel dengan di ikuti oleh En. Aziz bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuaepacs.

Presiden bersama Mantan Naib Presiden 1
Presiden menyampaikan ceraamah

YBhg. Dato' Haji Omar Osman Presiden Cuepacs telah berangkat merasmikan majlis penutupan seminar/bengkel dan penyampaian sijil serta cederamata dihari terakhir pada 22 Julai 2011 jam 10.00 pagi.

Bersama dengan YBhg. Dato' Haji Omar Osman

No comments:

Post a Comment