Saturday, July 9, 2011

Majlis Perasmian HKN 2011

Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2011 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Julai 2011hari Sabtu, jam 8.30 pagi bertempat diMedan Letak Kereta Istana Kehakiman, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Ketibaan YAB Perdana Menteri
Menyanyi Lagu Negara Ku]

Ketibaan YAB Dato, Sri disambut oleh YB Dato, Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepegunaan serta Pengarah SKM bersama Ketua-Ketua Kerajaan dipelbagai Jabatan Kerajaan.

Ucapan YB Dato, Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Lagu Negara Ku dan Lagu Koperasi memulakan majlis perasmian di pagi ini dan dituruti dengan membaca doa selamat. Ucapan permulaan oleh YB Dato, Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh YAB Dato' Sri Perdana Menteri, Malaysia.

Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Jumlah kehadziran seluroh warga koperasi disemenanjung Malaysia pada pagi ini dianggarkan seramai 10,000 orang.  YAB Perdana Menteri datang tepat pada jam 8.30 pagi bagi merasmikanya.

Bergambar bersama YDP Angkasa

Selepas majlis perasmian diteruskan majlis penyampaian Anugerah Koperasi Terbaik serta melawat ke Gerai-gerai Jualan dan Pameran dari Koperasi Negeri-negeri.

En Pissal Abu bergambar dengan Pengarah SKM Wilayah

YAB Dato, Sri berlepas pulang sebaik sahaja selesai diadakan sidang akhbar dan jamuan makan. Semua yang hadir dibekalkan barang-barang makanan topi dan sebagainya didalam Beg khas dalam pelbagai warna.

Beg berbagai warna

No comments:

Post a Comment