Sunday, July 24, 2011

Program 3R di Wisma Darul Aman

Hari ini 24 Julai 2011 hari Ahad minggu ketiga bagi bulan Julai diadakan kutipan 3R dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari bertempat di hadapan GYM Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.



Seperti biasa sebaik sahaja kaunter dibuka Syarikat Hawa Cleaner mendahului lain-lain Jabatan membawa barang-barang yang sudah dikumpul oleh mereka 2 minggu yang lepas.  Pejabat SUK Kewangan dan Jabatan Perumahan juga membawa turun barang-barang untuk dikitar semula.



En. Khairul Azmi Jutera PPSPPA, Cik Wan Norliza Pegawai dan En. Budin juga dari PPSPPA turut membantu environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal Abu Officer Corporate Communication Dapartment dan bersama 3 orang pekerjanya.



Setelah kaunter ditutup barang-barang tersebut dibawa ke kedai kitar semula yang terletak di Tandop berhampiran dengan Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah.



No comments:

Post a Comment