Thursday, July 28, 2011

Program 3R Di Perlis

Pejabat Kerajaan Persekutuan Negeri Perlis telah mengadakan Program Kitar Semula pada 28 Julai 2011 hari Khamis jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Tempat Parking Kereta, Kawasan Pejabat Kerajaan Persekutuan, Negeri Perlis.


Program ini diadakan pada minggu ketiga setiap bulan. Setelah kaunter dibuka seperti biasa Syarikat Cleaner mendahului lain-lain Jabatan menghantar barang-barang untuk di kitar semula.


Barang-barang dikumpul
Barang sedang ditimbang

Cuaca tidak mengizinkan tepat jam 10.00 pagi hujan telah turun namum begitu urusan jual beli diteruskan dengan diubah kaunter masuk ke khemah tempat parking kereta. Hasil jualan telah meningkat dari RM 184.00 kepada 356.20.

En. Pissal sedang mengira wang
Penyerahan wang jualan

No comments:

Post a Comment