Tuesday, July 26, 2011

Program 3R Di SMK Megat Dewa

Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa yang mempunyai lebih kurang 1,000 pelajar telah berjaya mengadakan Program 3R kepada pelajar-pelajar di Sekolah tersebut pada 26 Julai 2011, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan, Megat Dewa, Kodiang, Kedah.


En. Khairul Azmi Jutera PPSPPA
Pelajar-Pelajar SMK Megat Dewa

Sebelum bermulanya 3R En. Khairul Azmi Pegawai Jutera Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang dibantu oleh Cin Wan Nor Ilza Wan Mohd. Yatim dan En Budin telah memberi ceramah mengenai 3R dan struktur PPSPPA. kemudian itu En. Pissal Abu Officer Corporate Communication Department dari environment IDAMAN Sdn Bhd memberi ceramah mengenai 3R khusus mengenai perhimpunan dan penjualan barang-barang terpakai.

En. Pissal Abu sedang memberi ceramah
Kuiz untuk pelajar
Pelajar yang berjaya menjawab soalan

Semua pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga tinggkatan 5 di sekolah tersebut terlibat didalam program tersebut.  Sebaik sahaja selesai ceramah diberikan mulalah kaunter pembelian dibuka mengikut kelas dan tingkatan.


Barang sedang ditimbang

Bagi permulaan kertas yang dapat dikumpul sebanyak 681 kilo, Botol Plastik 44 kilo, Tin Alumaniam 5.5 kilo manakala Tin Susu beratnya 70 kilo. Jumlah pendapatan bagi sekolah tersebut sebanyak RM 315.15.

No comments:

Post a Comment