Saturday, April 2, 2011

Program Lawatan ke Phuket

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) dalam mesyuarat exconya baru-baru ini telah mencapai kata sepakat bersetuju mengadakan siri lawatan untuk anggota-anggota exconya yang seramai 65 orang ke Phuket, Thailand.

Bagi meneruskan perundingan segala urusan kaitan dengan lawatan ini selama 3 hari 2 malam termasok harganya setiap seorang, mesyuarat telah memutuskan mohon bantuan dari En. Pissal Abu mantan Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia menguruskanya.    
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

En. Azih bin Muda Presiden ANULAE
Setelah En. Azih Muda Presiden ANULAE memaklumkan perkara ini kepada En. Pissal Abu keesokannya beliau terus bergegas ke Bukit Kayu Hitam memasuki Pekan Danok, Thailand dan berunding dengan Syarikat Asuden Tour. Setelah perundingan maka harga yang ditawarkan oleh Syarikat RM 280.00 setiap seorang untuk seramai 50 orang peserta 1 bas 2 tingkat termasok 2 malam penginapan bertaraf 3 bintang. 

Pejabat Syarikat Asuden Tour, Danok, Thailand

Setelah keputusan ini dimaklumkan kepada En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE beliau bersetuju dan minta saya bayar deposit kepada Syarikat tersebut sebanyak RM 1,000.00 dan tarikh lawatan telah ditetapkan pada 1-3 Julai 2011, peserta-peserta diminta berkumpul jam 10.00 malam pada 30 Jun 2011 di Bukit Kayu Hitam disempadan Malaysia dan Thailand.

Kerani Syarikat
En. Pissal sedang membuat pembayaran pendahuluan

Pada 01 April 2011 (Jumaat) En. Pissal Abu sekali lagi ke Pekan Danok membuat urusan pembayaran Deposit sebanyak RM 1,000.00 kepada Syarikat menandakan persetujuan untuk program tersebut.





No comments:

Post a Comment