Wednesday, April 20, 2011

Mesyuarat Bersama Persatuan Pelajar UUM

Selepas selesai berbincang dengan Puan Fadzillah Hasan, Pengarah PPSPPA kami terus menuju ke Universiti Utara Malaysia (UUM) berjumpa dengan Persatuan Pelajar khusus pada jam 5.00 petang 20 April 2011 untuk membincang mengenai Kitar Semula dan Majlis Perasmian serta ucapan dan taklimat mengenai kitar semula yang dijadualkan pada 21-22 April 2011 bertempat di Dewan Terbuka MISC, UUM, Sintok Kedah.

Pintu Masuk UUM
Di Depan Pejabat MISC

Perjumpaan kedua pihak bagi menyusun semula program dan aturcara yang diatur oleh pihak Persatuan Pelajar bagi penambahbaikan dan memudahkan perjalanan Majlis Perasmian pada 22 April 2011 nanti.

Sdr. Afzainizam Ketua Komunikasi Koporat sedang 
Memberi Penerangan
Persatuan Pelajar
Sdr. Pissal Abu officer Sedang Menerangkan 
Program Kitar Semula Pada 20-04-2011

Setelah berbincang akhirnya kedua pihak bersetuju dengan beberapa pindaan dan ajenda tambahan bagi menampakan program pada hari tersebut lebih teratur dan tersusun.

Melawat Tempat Perasmian




No comments:

Post a Comment