Friday, April 22, 2011

Cantiknya Puduraya

Setelah sekian lama Perhentian Puduraya ditutup kerana ubasuai keselurohan landskap Bangunan tersebut, hari ini 22 April 2011 apabila saya tiba diperhentian tersebut untuk menaiki Bas balik ke Alor Setar wau amat terpegunnya saya kerana lain dari yang lain dari sebelumnya dan selepasnya.

Puduraya pandangan mengiring
Pintu masuk dahulu menaiki tangga besi sekarang lift
Lokasi Bangunan sudut mengiring

Saya tidak sempat melawat keselurohan perhentian tersebut kerana bas yang akan saya naiki sudah menunggu di platform 7 untuk bertolak namum begitu sempat saya mengambil gambar semasa dalam perjalanan dari luar perhentian hingga ke dalam perhentian. Setiap sudut diletakan pegawai-pegawai wanita yang beruniform untuk memberi panduan kepada orang ramai.

Ruang menunggu tingkat pertama
Kedai-kedai barangan makanan ringan

Betapa selesa dan luasnya tempat menunggu kerusi besi berderet diatur dengan teraturnya manakala kedai-kedai  jualan barang-barang makanan ringan diletakan di tingkat pertama manakala jualan makanan Basah difahamkan diletakan ditingkat 4. 

Salah 1 kaunter tiket

Kaunter tiket diletakan ditingkat 3 dengan menaiki tangga bergerak, kaunter-kaunter diletakan cukup teratur, ketika ini tidak nampak adanya ulat-ulat tiket berkeliaran dikesemua kaunter tiket.  SYABAS, SYABAS diucapkan kepada Pengerusan Puduraya yang telah membuat pengubahsuaian untuk keselesaan orang ramai.

Tingkat bawah
Tingkat bawah

Sesuai dengan slogan unggapan YAB. Perdana Menteri Malaysia (PM)  Rakyat di Dahulukan Pencampaian di Utamakan.

Video Puduraya


No comments:

Post a Comment