Friday, April 15, 2011

Taklimat Kitar Semula JKKKP

JKKKP yang pertama dalam Dun Kubang Rotan mengadakan Taklimat Kitar Semula pada 14 April 2011 hari khamis jam 9.00 malam bertempat di Pekarangan Block B Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar Kedah.


Sdr. Pissal Abu sedang menyampaikan ceramah

Majlis malam tersebut dihadiri oleh seramai 85 orang, Sdr. Pissal Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd telah memberi ceramah mengenai program kitar semula.kepada penghuni-penghuni flat tersebut.

Penghuni-penghuni Flat

Setelah selesai taklimat diadakan maka rata-rata penghuni yang hadir bersetuju untuk mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual kepada environment IDAMAN Sdn Berhad. JKKKP telah bermurah hati menyediakan makan dan minum pada malam tersebut.

Jamuan dimulakan
Orang ramai sedang menjamu selera

Majlis berakhir pada jam 12.30 malam.

No comments:

Post a Comment