Saturday, April 30, 2011

Majlis Gotong Royong

Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Warga Rumah Pangsa Alor Malai telah berjaya mengadakan gotong royong pada hari ini 30 April 2011 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Muhd Yusri bin Haji Daud, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar.


Selain dari Tuan Haji Muhd Yusri, YB. Dr. Cheah serta Ahli-ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Pengerusi JKKKP, MMK serta Ahli Jawatankuasanya turut hadir didalam program gotong royong ini.

Ucapan YB, Dr. Cheah
Video Ucapan Tuan SU, MBAS
Sebahagaian penduduk yang hadir

Didalam uncapan perasmian Tuan Setiausaha, MBAS, beliau memuji sikap penduduk Flat kerana bersatu dalam usaha membersihkan keselurohan kawasan Flat tersebut supaya ada pelawat yang datang akan memberi pujian bahawasanya kawasan Flat ini cantik dari lain-lain Flat

En. Pissal Abu sedang berbincang sesuatu dengan \
Tuan Setiausaha MBAS
Tuan Setiausaha, MBAS turut bergotong rroyong
Penduduk Flat sedang bergotong royong

Sambutan dari penduduk Flat alhamdulilah ramai yang turun, kerja-kerja gotong royong dapat berjalan dengan baik dalam keadaan harmoni walaupun dalam peelbagai fahaman politik namun semangat kerjasama serta kejiranan diutamakan.

Aduh... cantiknya Hebat buat kenangankan?
Video Gotong Royong

Apa yang menariknya mereka bersepakat meruntuh bangsal kereta yang sudah uzur serta tidak selamat bagi sesiapa sahaja termasok orang-orang dewasa atau kanak-kanak yang melalaui di kawasan tersebut. Tuan empunya bangsal memberi kerjasama  tersebut sepenohnya.

Sebelum
Sedang
Selepas

No comments:

Post a Comment