Monday, April 18, 2011

Liga Futsal Kedah 2011

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Liga Futsal Kedah 2011 pada 17 April 2011 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Menanti, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.


Sebanyak 60 pasukan diseluroh Negeri Kedah menyertai pertandingan ini dan hadiah yang ditawarkan Johan RM 3,000.00 Piala Pusingan beserta Medal, Tempat Kedua RM 2,000 beserta Medal, Tempat Ketiga RM 1,000.00 beserta Medal, Ke Empat RM 500.00 beserta Medal manakala tempat KeLima semua pemain menerima Medal.


Pertandingan Akhir
En.Pissal sedang menyaksikan pertandingan
Video Pertandingan

Pasukan Kubang Pasu diistiharkan Juara, Merbok Naib Juara, Tempat Ketiga Pasukan Kuala Kedah, Ke Empat Pasukan Alor Setar manakala Langkawi tempat ke Lima. semua hadiah disampaikan oleh YB. Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.

Piala Pusingan
Juara Liga Futsal Kedah 2011

Selepas majlis penyampaian hadiah majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah, YBhg. En. Mhd. Saiful Anuar Zainal Ketua Pegawai Eksekutif environment IDAMAN Sdn Bhd dijemput mengiringi YB. Datuk Syed Unan Mashi Syed Abdullah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mencabut serta menyampaikan hadiah.

Deretan Basikal

Salah seorang pengunjung memenangi cabutan bertuah

Sebanyak 6 unit basikal yang setiap satunya berharga RM 1,000.00 keatas telah disumbangkan oleh Environment IDAMAN Sdn Bhd untuk acara cabutan bertuah.

Cabutan Bertuah
En.Pissal bersama maskot

No comments:

Post a Comment