Thursday, April 28, 2011

Program Kitar Semula Sik 2011

Seperti yang ditetapkan setiap hujung bulan diadakan kutipan 3R berpusat di Pejabat Majlis Daerah Sik hari ini 28 April 2011 jam 9.00 pagi program ini bermula bertempat di Pekarangan Pejabat MAjlis Daerah Sik, Sik Kedah.


Puan Fadzilah bte Hasan Pengarah PPSPPA Negeri Kedah telah melapangkan masa hadir bersama didalam program pada pagi ini dengan menyaksikan sendiri cara-cara kutipan 3R dilakukan.

Pn Fadzillah Pengarah PPSPPA bersama En. Pissal Abu
En. Md. Zaki sedang menimbang kertas

Hari ini hanya 3 jabatan yang terlibat menghantar barang-barang kitar semula, Selain Majlis Daerah Sik, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Berhad serta orang persaorangan. Jumlah pendapatan kutipan hari ini mencecah kepada RM 250.00.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
En. Pissal sedang mencatit berat
Pekeerja sedang mengankat barang naik ke lori

Selepas semua barang-barang dibawa naik ke lori saya bersama Puan Fadzillah terus masuk kePejabat Majlis Daerah Sik berjumpa dengan Pegawai Akaun dan membayar harga pembelian kertas sebanyak RM 250.00 yang dikumpul dan dijual hari ini.

Pegawai akaun sedang mengira jumlah jualan
Pn. Fadzillah sedang menyerah wang pembelian 
kepada Pegawai Akaun M.D Sik
Video Kitar Semula

No comments:

Post a Comment