Monday, April 11, 2011

Kitar Semula PPSPPA, TADIKA & IDAMAN

Hari ini 11-04-2011 Program Kitar Semula diadakan 3 tempat serentak pertama di PPSPPA kedua di Tadika Tongkang Yard yang ke tiga di Pejabat Environment IDAMAN Sdn Bhd Alor Setar. Kedah

Pejabat PPSPPA

Di PPSPPA Program kitar semula bermula jam 9.00 pagi ditingkat 10 Pejabat PPSPPA, Menara MBAS Jalan Kolam Air Alor Setar, Kedah. Barang-barang untuk dikitar sudah siap sedia untuk ditimbang dan selepas menimbang semua barang-barang tersebut dibawa turun ketingkat bawah dengan mengunakan Lif.

Barang sedang ditimbang
Barang-barang dibawa naik ke Lori
Video Kitar Semula PPSPPA

Jam 10.00 pagi kami berehat dan sambil minum pagi berdekatan dengan Bangunan Menara MBAS, Sesampainya ditingkat bawah barang-barang tersebut dibawa menaiki lori dan selepas selesai lori dibawa ke Tadika Tongkang Yard 2 untuk mengambil barang tersebut disana.


Minum Pagi Bersama Pekerja
Menimbang Kotak

Jam 12.00 tengahari kami singgah diPejabat Environment IDAMAN Sdn Bhd Rumah Kedai Taman Anggerik untuk mengambil barang-barang kitar semula, setelah selesai semuanya barang-barang tersebut dibawa ke kedai kitar semula di Tandop, Alor Setar, Kedah.

Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd




No comments:

Post a Comment