Saturday, April 23, 2011

Gotong Royong KRT Taman Sri Aman

Krt Taman Sri Aman telah berjaya mengadakan gotong royong pada hari ini 23-04-2011 dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dirasmikan oleh YB. Dato' Saad Bin Man Adun Jitra, bertempat di Taman Sri Aman, Jitra Kedah.


Gotong Royong pagi ini dimulakan dengan senamrobik yang dihadiziri oleh seramai 60 orang diantara yang turut menyertai selain dari penduduk YB. Dato' Saad Man, Pegawai Penyelaras Jabatan Perpaduan Daerah Kubang Pasu, En. Ismail bin Zakaria, En. Shaiful Azly Shahran  Hosu Kubang Pasu dan AJK serta kanak-kanak.

Senamrobik
Video Senamrobik

Selepas diadakan senamrobik semua peserta dijemput menikmati sarapan pagi dan disambung dengan taklimat oleh En. Pissal Abu, Officer environment IDAMAN Sdn Bhd mengenai cara-cara pembuangan sampah secara tertib dan mengenai program kitar semula yang bermula dari rumah.

Sarapan Pagi

YB. Dato' Saad bin Man dalam ucapanya memuji Krt Taman Sri Aman yang berjaya mengadakan program gotong royong pada pagi ini setra disamping itu dapat mengeratkan silatulrahim didalam Taman ini menerusi kerja-kerja amal dan senamrobik.  YB. Dato' Saad Man dalam ucapanya mengucapkan terima kasih kepada environment IDAMAN Sdn Bhd kerana memberi kerjasama yang sepenohnya didalam program gotong royong yang diadakan setiap kali dan setiap taman di Kawasan Kubang Pasu.

YB. Dato' Saad bin Man Adun Jitra bersama dengan
En. Pissal Abu environment IDAMAN Sdn Bhd
Pengerusi KRT Taman Sri Aman
Ucapan En. Pissal Abu
Video Ucapan Dato' Saad Man

YB. Dato' Saad Man setelah mendengar ceramah Kitar Semula yang disampaikan oleh En. Pissal Abu beliau bertsetuju amat sangat dalam sedikit masa ini beliau akan mengatur satu majlis berkenaan KITAR SEMULA kepada semua KRT, AJK dan Persatuan-persatuan penduduk untuk mendapat pendedahan bertapa untungnya program ini jika dilaksanakan disetiap Daerah dan Kampong-kampong melalui KRT disetiap KRT. 

Apa Kata Dato' Saad Man
YB. Dato' Saad Man sedang bekerja
Orang ramai turut bergotong royong mencuci longkang
En. Pissal Abu bersama dengan penduduk
Pekerja environment IDAMAN Sdn Bh
Gambar -Gambar Gotong Royong
Video Gotong Royong

Gotong Royong hari ini berakhir pada jam 1.00 tengahari dan mendapat kerjasama dari penduduk dan Pegawai-pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment