Thursday, June 9, 2011

Gotong Royong Bersama Sekolah

Program gotong royong Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma bersama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd telah diadakan pada 9 Jun 2011 hari Khamis jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.


Gotong royong ini diadakan khas didalam kawasan sekolah tersebut dengan dihadiri oleh seramai 150 pelajar termasok gugu-guru dengan dibantu tenaga kerja dari Majlis Bandaraya Alor Setar dan Pekerja environment IDAMAN Sdn Bhd.

Envi IDAMAN dan MBAS
Pelajar-Pelajar Sekolah
Guru-Guru Sekolah

Kerja-kerja yang dijalankan tertumpu kepada pembersihan disekitar kawasan sekolah, Dewan, Kantin dan Kelas-kelas.

Guru dan Pelajar
Envi IDAMAN Sdn Bhd
Pekerja MBAS

Diakhir program ini pihak sekolah telah menyediakan sarapan pagi kepada semua tetamu dan pelajar-pelejar serta guru-guru yang hadir pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment