Tuesday, June 14, 2011

Taklimat Kitar Semula

Bahagian Kejuteraan Jabatan Pengaliran dan Saliran Kawasan Kota Setar telah menjemput environment IDAMAN Sdn Bhd memberi Taklimat mengenai Kitar Semula yang diadakan pada 13 Jun 2011 Hari Ahad jam 3.00 petang bertempat diDewan Besar, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Ucapan En Khairul Azmi wakil PPSPPA

Taklimat disampaikan oleh En. Pissal Abu Officer Corporate Communication Department yang disertai oleh seramai 25 orang termasok Pegawai Kejuteraan, Kakitangan JPS dan turut serta En. Khairul Azmi, Pegawai Kejuteraan, PPSPPA dan En. Afzainizam Ab. Rahim Ketua Jabatan Koporat environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal Abu sedang menyampai taklimat

Sebaik sahaja selesai diadakan taklimat pelbagai pertanyaan yang kaitan dengan kitar semula ditanya dan juga termasok soalan mengenai pembersihan awam serta kutipan sisa pepejal. 


Sebahagian Kakitangan JPS

Majlis berakhir pemberian cederamata dan jamuan makan yang disediakan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran.

En. Adnan Peg. JPS menyampaikan cederamata
kepada En. Afzainizam Ab. Rahim
En. Mohd Pais menerima cederamata

No comments:

Post a Comment