Thursday, June 16, 2011

Lawatan Koperasi Kakitangan MPSP

Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai seramai 16 orang diketuai oleh En. Mohd Saad telah mengadakan Lawatan ke Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 16 Jun 2011, Hari Khamis jam 3.00 petang.

En. Pissal Abu sedang memberi ucapan

Lawatan yang diadakan buat pertama kalinya telah disambut oleh Tuan Haji Mohd. Faizi Hj Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama En. Khairul Pengurus Koperasi. 

Cik Suhada Pegawai ICT
Peserta Lawatan

En. Pissal Abu Pengerusi 3P merangkap ALK mewakili En Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bertindak sebagai pengerusi majlis dan memberi ucapan aluan dimajlis tersebut. Majlis tersebut diteruskan dengan taklimat oleh Tuan Hj Mohd. Faizi Hj Aznam.

Peserta sedang mendengar taklimat

Selepas taklimat dan majlis penyampaian cederamata semua jemputan dibawa naik ketingkat 3 untuk menjamu selera.


Peserta sedang menjamu selera

No comments:

Post a Comment