Saturday, June 4, 2011

Malam Kenduri Di Kuala Trengganu

Sebaik sahaja selesai mesyuarat Pinjaman jam 5.00 petang selepas kami minum petang kami berehat dan selepas solat maghrib kami beramai-ramai menuju ke rumah kenduri yang terletak lebih kurang 15 KM dari hotel ke rumahnya No. 4191 Kg. Padang Macang, Manir, Kuala Trengganu, Trengganu.

En. Azih meyambut tetamu
Bergambar berama-ramai

Pada jam 8.30 malam kami semua sudah berkumpul dirumah En Azih terdiri dari ALK bersama Isteri dan anak-anak serta Kakitangan Koperasi. Jamuan yang dihidangkan cara orang disana Pulut Kuning bersama Kari Ayam. Suasana malam kenduri amat meriah kerana adat disana menyiang bawang dan potong daging disebelah malam.

En Ramli dari Muar, Johor sedang menjamu selera
Masak Rendang
Bersiang Bawang
Bersiang Daging

Suasana lebih meriah lagi dengan diserikan lagi kumpulan gendang, karaoke dan yang paling memikat hati kanak-kanak serta lebih menarik lagi pembakaran bunga api pada malam tersebut membuat mereka paling bergembira.

Kakitangan Koperasi
Kumpulan Gendang
Video Malam Kenduri
Gambar Malam Kenduri

No comments:

Post a Comment