Monday, June 27, 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 29

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 29 yang dihadiri seramai 124 orang Perwakilan termasok Ahli Lembaga Koperasi dan Juruodit Dalam telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada 25 Jun 2011 hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Malinja, PERMAISURI MITC Hotel Melaka, Air Keroh, Melaka.

Menunggu Ketibaan Ketua Menteri Melaka
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Ketibaan Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka disambut oleh semua Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang diketuai oleh En. Azih bin Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysaia Berhad.

Ketibaan Ketua Menteri Melaka

Majlis Perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


En. Azih Muda sedang berucap

Dalam ucapan perasmain oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam beliau turut memuji aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi KOSPETA dalam memajukan Koperasi untuk kepentingan anggota-anggotanya jesteru itu beliau turut menawarkan Tanah untuk usahasama bagi menambah pendapatan kepada Koperasi KOSPETA khususnya dalam bidang pembinaan Perhotelan, Perumahan atau Homestay di-Negeri Melaka.

Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sedang berucap
Barisan Anggota Lembaga dan JAD
Sebahagian dari Perwakilan

Selepas majlis perasmian Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam menyampaikan cederamata kepada Mantan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Tuan Hj. Abu Hassan bin Abdullah kemudian diikuti penyampaian cederamata dari En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kepada Y.A.B. Ketua Menteri Melaka.

Cederamata dari Koperasi KOSPETA
Penyampaian Cederamata kepada Mantan Pengerusi

Majlis perasmian berakhir pada jam 11.00 pagi dan Y.A.B. Ketua Menteri Melaka berangkat pulang.

Bersalam dengan Perwakilan
Y.A.B. Ketua Menteri Melaka berangkat pulang

No comments:

Post a Comment