Friday, June 3, 2011

Mesyuarat ALK di Trengganu

Ibu Pejabat telah menetapkan satu Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) berterikh 3 Jun 2011 hari Jumaat jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Midtown Kuala Trengganu, Trengganu.


Mesyuarat hari ini diadakan sempena jemputan En Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang akan melangsung perkahwinan anakdanya yang sulung pada 4 Jun 2011. Sebaik sehaja selesai mesyuarat ALK yang dipengerusikan oleh En. Azih ALK selesai disambung dengan mesyuarat Pinjaman.

En. Azih sedang menpengerusikan mesyuarat
Sebahagian dari ALK
Mesyuarat dijalankan
En. Azih sedang menpengerusikan mesyuarat

Mesyuarat Pinjaman yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Abu Hassan diadakan selepas mesyuarat ALK telah meluluskan pinjaman dari anggota-anggota Koperasi bersejumlah RM 2 juta. Mesyuarat berakhir pada jam 6.00 petang.

Disebelah malam kami beramai-ramai berkunjung kerumah En. Azih Muda untuk jamuan makan malam yang diadakan khas untuk kami.

En. Azih menyambut tetamu
Sebahagian ALK menikmati jamuan
Tulang Daging untuk Tuan Rumah
En. Pissal sedang menghiburkan orang ramai

No comments:

Post a Comment