Friday, June 10, 2011

Perjumpaan Kakitangan Koperasi

Satu perjumpaan antara pihak Pengerusan dengan Semua Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diadakan pada 10 Jun 2011 jam 8.45 pagi bertempat diBilik Mesyuarat Zainal Abidin ditingkat 2 Wisma Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, diBatu Cave, Selayang, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Kkaitangan yang hadir

Perjumpaan ini yang diketuai oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama En. Mohd. Faizi bin Hj Aznam Setiausaha serta salah seorang ALK En. Pissal Abu bagi tujuan menerang mengenai kedudukan Koperasi semasa serta memberi kefahaman tugas masing-masing mengikut jawatan hakiki serta kehendak ahli-ahli koperasi yang dibangkitkan didalam mesyauarat agung kawasan-kawasan.

Sebahagian dari kakitangan
Sebahagian dari kakitangan

Perjumpaan sebegini kerap kali diadakan ianya bagi mencari jalan penyelesaian setiap apajua aduan ketidakpuasan hati oleh ahli-ahli dan kakitangan dibawa berbincang serta dapat mengeratkan lagi kemesraan antara kakitangan dengan pihak pengerusan dan menwujudkan suasana yang lebih mesra dalam kontek bekerja dibawah satu Koperasi.

En. Pissal Abu menjawab tel dari anggota Koperasi

No comments:

Post a Comment