Tuesday, June 14, 2011

Mesyuarat Agung Kawasan DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kawasan yang terakhir mengadakan mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada hari ini 14 Jun 2011, Isnin jam 9.00 pagi bertempat diAuditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Bangunan DBKL

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 1,200 orang telah dirasmikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Hadir sama dimajlis perasmian En. Pissal Abu salah seorang Ahli Lembaga Koperasi.



En. Pissal Abu memantau Pendaftaran 

En. Shamshudin Abd. Rahman dipilih semula sebulat suara sebagai Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beliau juga merangkap Ahli Lembaga Koperasi. Datuk Bandar telah memberi pelepasan kepada semua pekerja yang menghadiri mesyuarat dan kemudahan mengunakan Auditorium sebagai tempat mesyuarat.

Ucapan En. Shamshuddin Ab. Rahman Pengerusi Kawasan
Ucapan En. Azih Muda Pengerusi KOSPETA
En. Pissal Abu sedang mendengar ucapan
Perwakilan
En Azih turut membantu membayar elaun mesyuarat

Syarikat KVK Multimedia juga tidak ketingalan mengadakan pameran dan promosi barang-barang electrik Handfhone, TV dan Komputer.


Pameran dari Syarikat KVK

No comments:

Post a Comment