Thursday, June 2, 2011

Mesyuarat Agung Kospeta Kawasan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Langkawi yang mempunyai 154 orang ahli telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kawasanya pada hari ini 02 Jun 2011 jam 3.00 petang bertempat di Dewan tingkat 3 Bangunan  Mesyuarat Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan MPLBP, Langkawi, Kedah.

Jetty
Pejabat MPLBP

Terima kasih kepada Yang diPertua Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan yang memberi pelepasan kepada pekerja-pekerjanya untuk menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA pada petang tersebut. Mesyuarat 3 dalam 1 ini telah dirasmikan oleh En. Pissal bin Abu sebagai Wakil Lembaga Koperasi.

En.Pissal sedang berucap

En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak selaku Pengerusi Koperasi KOSPETA  kawasan Langkawi yang telah dipilih semula sebagai Pengerusi telah berjaya mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan jayanya dalam suasana kemesraan.

En. Ku Jamaluddin sedang memberi ucapan\
En. Pissal Abu sedang memberi ucaapan
Perwakkilan
Penyerahan Borang
Bayaran Elaun Mesyuarat

Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Koperasi diteruskan Mesyuarat Penubuhan ANULAE Semenanjung Malaysia Kawasan Langkawi. Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 145 orang telah memilih En Ahmad Basri Shuib sebagai Pengerusi, En.Mohd. Sobri Kamarudin sebagai Timbalan Pengerusi manakala En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd, Razak sebagai Setiausaha, Bendahari Kawasan Puan Mahani bte Hashim.


Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment