Saturday, June 4, 2011

Kenduri Di Kuala Trengganu

Tahniah kepada En. Azih Muda dalam kesebokan beliau dalam urusan kerja harian, bersekatuan dan koperasi sempat juga beliau mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki sulungnya yang baru sahaja selesai menerima Ijazah. 


Kenduri yang diadakan pada 04 Jun 2011 Hari Sabtu cukup meriah dengan kehadirin adik beradik, kawan taulan dan masyarakat kampong. Keselurohan Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd dan Jawatankuasa Kerja ANULAE Semenanjung Malaysia turut menghadirinya.


Video Persiapan Makan Kenduri

Sekerat hari saya berada dirumah kenduri bermula jam 9.00 pagi hingga jam 3.20 petang saya melihat En. Azih Muda dalam keletihan menyambut tetamu yang datang sehingga tidak banyak berehat ada saja selepas makan kawan nu dan kawan ni nak berjumpa dan bersalam dengan beliau.

Video Makan Kenduri

Jam 12.00 tengahari pengantin sudah sampai seperti biasa la kedatangan pengantin serta rombonganya disambut oleh kumpulan kompang dan  tuan rumah, sampai dipintu masuk kedua pengantin dibawa masuk kedalam rumah untuk diletakan diatas pelamin. 

Video Pengantin

Acara merinjis tiada hanya Ibu pengantin lelaki berjumpa dengan kedua pengantin bersalam-salaman ketika ini munculah juru kamera pelbagai gaya dibuat untuk mendapat gambar yang terbaik. Selepas itu kedua pengantin dibawa keluar untuk jamuan makan.


Pengantin

Ketika ini orang ramai datang tidak putus-putus dan selepas makan mereka sempat melihat serta bersama pengantin untuk ucap tahniah.

Bergambar sebelum pulang
Gambar Hari Kenduri

Jam 3.20 petang selepas saya berjumpa dengan tuan rumah En. Azih Muda terus saya pulang ke Alor Setar dan sampai di Alor Setar pada jam 10.00 malam.

No comments:

Post a Comment