Wednesday, June 29, 2011

Taklimat 3R Di Kuala Nerang

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang pertama menjemput PPSPPA Kawasan Kuala Nerang dan Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd menyampaikan ceramah mengenai 3R pada 28 jun 2011 hari Selasa jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kou Hua, Kuala Nerang, Kedah. 


Pegawai PPSPPA En. Ali bin Azmi Pen. Pegawai Penguatkuasa telah memulakan taklimatnya dan diikuti oleh En Pissal Abu, Officer Corporate Communication Department dari environment IDAMAN Sdn Bhd kepada kanak-kanak serta kesemua guru diSekolah tersebut.

En. Ali Azmi dari PPSPPA sedang memberi taklimat
En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Kanak-kanak sedang mendengar taklimat

Selesai taklimat diadakan kanak-kanak beratur mengikut darjah dengan membawa barang-barang kitar semuala dari rumah untuk dijualkan kepada Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Kanak-kanak sedang beratur

Pembukaan kaunter turut dibantu oleh Pegawai-pegawai PPSPPA seramai 6 orang terdiri daripada Pn. Naimah Mohd. Noor, Pn. Noor Hanim Mat Noh, En. Mohd. Hafiz Hashim, En Sharifuddin Ab. Rahman dan En Khairul Adha Ab. Mutalib Pegawai Penguatkuasa.

Barang-barang sedang menimbang

Pendapatan dari jualan hari ini buat pertama kalinya mencecah kepada RM 85.10, En. Pissal Abu menyerahkan wang tunai hasil jualan tersebut kepada Guru Besar Cik Kok Hooi Chin dengan disaksikan oleh   En. Ali bin Azmi Pen. Pegawai Penguatkuasa.

Membentang jumlah kutipan
En. Pissal menyerahkan hasil jualan kepada Guru Besar


No comments:

Post a Comment